5 Punca Air-Cond Compressor Kereta Anda Rosak

"Encik, compressor air-cond kereta encik sudah rosak. Kena tukar ni, harga lebih kurang RM2000..."Wow!!!..Mesti terbeliak biji mata anda kan. Mana tidaknya, sekarang ni dah hujung bulan. Poket dah makin kering, ada habuk je. Haha

Berpusing kepala fikir sebab nanti nak bawa anak-anak pergi sekolah, pergi mencari rezeki, pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang terlintas juga, kalau aku seorang je aku tangguh dulu baiki. Naik kereta pakai fresh air, hirup udara segar. Huhu. Tapi dah ada family tak boleh la macam ni, nak tak nak kena baiki juga.

Yang ada kad kredit terus swipe kad, yang tiada kad kredit berhutang dengan kawanla nampaknya. Namun jika financial planning anda bagus, perkara ini tidak begitu menjejaskan ada. Baik, ini cerita lain la kalau nak sembang pasal financial planning. Nanti entri seterusnya pula kita cerita. Hehe.

Ini cerita kenapa air-cond compressor rosak dan bagaimana anda boleh elakkan daripada duit anda melayang. Mungkin anda tidak dapatkan elak 100%, akan tetapi sekurang-kurangnya anda mengurangkan risiko berlakunya kerosakan. Jom kita lihat perkara-perkara utama yang kita perlu berjaga-jaga.

Kandungan Refrigerant (Gas) yang Rendah
Apabila ada kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas akan berkurang. Menyebabkan compressor anda terpaksa bekerja keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Lama-kelamaan compressor akan rosak.

refrigerant

Kandungan Refrigerant (Gas) yang Terlampau Tinggi
Jika sekiranya anda tidak bernasib baik terjumpa dengan mekanik yang kurang mahir. Di bubuhnya gas terlampau banyak mahupun tertukar jenis gas yang digunakan, maka terimalah duit anda melayang. Pastikan anda rujuk kepada manual air-cond kereta @ rujuk kepada yang pakar.

Coil Kotor
Pernah tengok coil? kalau anda pernah tengok kat air-cond kat rumah @ belakang peti ais, anda nampak besi warna gangsa @ keemasan. Jika ianya sangat kotor, ianya tidak dapat berfungsi dan seperti biasa menyebabkan compressor anda juga terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Lama-kelamaan compressor anda terlebih panas dan akhirnya rosak.

my-cooling-coil-before-service

Masalah Litar @ Komponen Elektrik
Yang ini seolah-olah silent killer. Huhu. Kenapa ye? Yelah, bunyi macam kecil je masalahnya kadang-kadang contohnya wiring putus, fuse terbakar dan lain-lain kerosakan lektrik tetapi impaknya anda kena tukar compressor. Fuhh melayang duit. Seeloknya carilah mechanic/technician yang berpengalaman dan lakukan inspection @ servis secara berkala supaya kita dapat mengesan komponen-komponen yang mungkin rosak ataupun sudah rosak.

Kekurangan Lubricant
Jangan ingat enjin kereta je ada lubricant. Compressor pun ada!! Yang ini saya sendiri pun ambil ringan, maklumlah jarang dengar pula orang tukar lubricant compressor. Yang pasti selepas beberapa tahun anda pakai kereta anda, anda mesti check kandungan lubricant compressor anda. Jika berkurang maka silalah top up @ tukar sahaja lubricant baru. Jika tanya kekerapan, saya pun susah nak cakap tapi boleh la rujuk mana-mana technician yang jujur dan amanah tentang kekerapan menukar lubricant.

Kesimpulannya, bagi mengelakkan duit anda melayang lagi banyak maka lakukanlah servis secara berkala air-cond kereta anda. Ianya memerlukan sedikit usaha dan labur sedikit wang demi menjaga air-cond compressor kereta anda daripada rosak. Yang pastinya harga tukar compressor memang mahal.Huhu. Akhirnya rujuk kepada mechanic/technician yang amanah dan jujur berdasarkan pengalaman kawan-kawan ataupun review masyarakat awam.

Sekian dan semoga bermanfaat.

Sumber: 5 Sebab Air Cond Compressor Kereta Anda Rosak


10% Diskaun Untuk Pengguna Lebuhraya MEX Pada 1 Jan 2017 Ini

Berita baik buat semua pengguna tegar Lebuhraya MEX pada 1 Januari ini apabila anda bakal menikmati 10% diskaun bersempena sambutan Tahun Baru 2017. Pemberikan diskaun ini telah diumumkan sendiri oleh syarikat pengendali Lebuhraya MEX iaitu Maju Expressway Sdn Bhd (MESB).

Tawaran menarik ini akan bermula pada 12.01 pagi sehingga 11.59 malam pada 1 Januari 2017 dan diskaun ini turut diberikan untuk semua kelas kenderaan.

Dengan anggaran sebanyak 100,000 kenderaan yang bakal menikmati pemberian ini, tawaran 10% diskaun merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat MESB dan pemberian diskaun tol ini turut diberikan pada musim perayaan.


Lelaki Ini Kongsi Cara Jana Passive Income Hampir RM3,000 Setahun

JANA PASSIVE INCOME HAMPIR RM3,000 SETAHUN?

Kali ni saya nak huraikan secara ringkas bagaimana The Carpedia boleh membantu anda menjana passive income sehingga RM3,000 setahun.

Contoh:

MyVi 1.3 (s) berharga RM44,500 dan bayaran bulanan sekitar RM500.

Insuran dan roadtax saya puratakan sekitar RM1,200 setahun.

Sewa bulanan MyVi melalui The Carpedia sekitar RM1,400-RM2,000 (bergantung pada condition kereta).

Saya ambil sewa bulanan paling rendah iaitu RM1,400 sebagai contoh.

Daripada harga tersebut, 60% akan dinikmati oleh anda adalah sebanyak RM840/month.

Jom kira profit pula;
RM840 x 12= RM10,080

Ansuran bulanan,
RM500 x 12= RM6,000

Insurans dan roadtax,
RM1200 setahun (purata)

Income-Expenses,
RM10,080- RM7,200 = RM2,880! (Ni baru sebijik kereta. Kalau 2,3,4 biji...)

Nak lagi best, tiap-tiap bulan, masukkan duit extra ni dalam ASB. Hujung tahun, invest lagi dengan kami. Hehe.

Client Carpedia - Copy

Antara pelanggan The Carpedia.

Amacam, menarik bukan? Untuk maklumat lanjut,

KLIK : Pasif Income Dengan Kereta

 

Sumber: Mohd Rasyid Tajul Urus

 

Nota Editor: Status ini telah ditulis dan dikongsikan di Facebook oleh Co-Founder The Carpedia, Tuan Mohd Rasyid Tajul Urus. Melalui status tersebut, Tuan Rasyid telah sudi berkongsikan kepada semua kira-kira pendapatan yang boleh dinikmati sekiranya orang ramai melabur bersama The Carpedia. Jom baca dan fahamkan kaedah pendapatan pasif yang dikongsikan oleh Tuan Rasyid ini.


Lonely Planet Senaraikan 3 Destinasi Pengembaraan Menarik Bagi Tahun 2016

Pejam celik, pejam celik tahun 2015 semakin menghampiri penghujungnya. Begitu cepat masa berlalu, sehinggakan setahun terasa begitu sekejap.

Namun begitu, tahun 2016 merupakan tahun baru untuk semua. Kami berasa tidak sabar untuk berhadapan dengan tahun baru ini. Pasti ianya penuh dengan cabaran yang menyeronokkan.

Anyway, bercakap soal tahun baru ini, sudahkah anda punya perancangan untuk ke mana-mana pada tahun hadapan?

Kami percaya, kalendar kaki-kaki travel pasti sudah penuh dengan rancangan pengembaraan dari bulan Januari hingga Disember. Pastinya juga, setiap cuti hujung minggu yang panjang akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh mereka. Yalah, cuti itu berharga buat mereka. Pantang ada cuti, haruslah travel the world, tak begitu?

Hari ini kami nak kongsikan kepada anda 3 destinasi pengembaraan menarik yang perlu anda kunjungi pada tahun 2016. Tiga je, tak banyak pun.

Tiga destinasi tersebut telah dipilih oleh Lonely Planet sendiri sebagai The Best Places in The World To Travel in 2016! Wow, pastinya tempat-tempat yang telah dipilih ini tidak akan mengecewakan hati para pengembara yang berkunjung. Oh ya, destinasi tersebut juga telah dipecahkan kepada tiga kategori seperti yang berikut; Top City, Top Region dan akhir sekali, Top Country.

Kalau anda semua nak tahu di manakah tiga destinasi tersebut, jom saksikan video berdurasi selama 1.54 minit ini untuk ketahuinya.

https://youtu.be/8xAhTojgNmE

Selamat mengembara!

Sumber: Lonely Planet


5 Tips Atasi Rasa Takut Semasa Pengembaraan Solo

Semua orang punya satu bucket list.

Kami yakin, setiap daripada kita pasti ada satu impian untuk kembara secara solo, tak kisahlah di mana-mana. Asalkan misi pengembaraan itu cuma ada diri sendiri dan tidak melibatkan orang lain. Tiada ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Serta tiada teman istimewa yang menemani. Hanya diri sendiri sahaja.

Namun begitu, pasti ada pelbagai halangan dan rintangan yang menanti saat diri ini mula tekad untuk mengembara secara solo. Salah satunya, rasa takut terhadap perkara-perkara yang tidak pasti. Lebih-lebih lagi tatkala diri ini berjauhan daripada insan-insan yang dipercayai lagi disayangi.

Tetapi, setiap perkara ada cara untuk mengatasinya. Oleh itu, ketakutan tatkala mengembara secara solo juga boleh diatasi dengan ikuti 5 tips mudah berikut. Kenapa kami kata ia mudah?

Ini kerana tips yang dikongsikan oleh Danny Dover ini amat mudah dan ringkas, hingga kadang-kadang ia tak terlintas di fikiran kita untuk melakukannya. Untuk ketahui 5 tips atasi rasa takut semasa pengembaraan solo, jom kita tonton video penuh informatif oleh lelaki tersebut.

https://youtu.be/67hiZr2jdes

Selamat mengamalkan tips tersebut!

Sumber: Danny Dover


9 Tips Rakam Gambar Semasa Pengembaraan Anda

Merakam gambar kenangan sewaktu keluar mengembara atau melancong merupakan salah satu perkara yang penting untuk dibuat. Sudah tentunya anda mahu merakam pemandangan indah atau memori bersama keluarga dan insan tersayang.

Tetapi, kadangkala ada sahaja gambar kenangan yang tidak memuaskan hati. Ada sahaja yang tidak kena di pandangan mata anda. Sehinggakan anda akan berulang kali mengambil gambar yang sama semata-mata mahu menyenangkan hati sendiri.

Hari ini, kami kongsikan kepada anda sebuah tutorial bagaimana merakam gambar agar ianya kelihatan menarik dan mengagumkan. Pastinya, gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram anda juga akan mendapat likes dan pujian yang ramai dalam kalangan pengikut.

Jom saksikan video ringkas tetapi sarat dengan ilmu pengetahuan fotografi yang disediakan oleh Steve McCurry, seorang jurugambar terkenal National Geographic.

https://www.youtube.com/watch?v=7ZVyNjKSr0M

Sumber: COOPH


Agoda Dedah Rahsia Waktu Terbaik Untuk Tempah Bilik Hotel Dengan Harga Diskaun

Kenalkah anda dengan Agoda.com? Jika belum kenal, mari kami perkenalkan. Untuk makluman anda, Agoda.com merupakan sebuah laman web yang popular untuk tempahan hotel di seluruh dunia. Dengan tagline Smarter Hotel Booking, ia merupakan platform yang memudahkan kepada para pengunjung untuk menempah penginapan mereka di mana-mana destinasi yang mereka bakal tujui.

Baru-baru ini, Agoda.com telah mengeluarkan hasil kajian mereka berkaitan masa terbaik untuk menempal penginapan hotel selepas menggunakan data tempahan daripada berjuta pelanggan yang telah melanggan perkhidmatan Agoda.com pada tahun 2014.

Oh ya, kajian ini juga merangkumi analisa harga hotel di 25 destinasi paling popular di dunia.

  1. Waktu awal tahun merupakan waktu terbaik untuk mendapatkan harga paling murah bagi menempah hotel iaitu semasa dua minggu pertama di bulan Januari.
  2. Waktu yang perlu anda elakkan daripada menempah hotel adalah semasa bulan September dan Oktober. Ini kerana harga ketika itu akan menjadi sangat mahal.
  3. Sekiranya anda mengimpikan untuk mengembara di bumi Eropah, anda sangat digalakkan untuk melawatnya pada pertengahan bulan Mac. Ini adalah kerana kadar harga bilik hotel di beberapa bandar ternama seperti Amsterdam, Barcelona, Berlin, London, Paris, Rome dan Stockholm adalah 20% lebih murah berbanding kadar purata biasa.
  4. Jika bulan Julai adalah musim paling sibuk (peak season) di kebanyakan destinasti, namun begitu ia berlaku sebaliknya pula di Sydney dan New York. Kedua-dua lokasi ini menawarkan harga hotel yang lebih rendah berbanding kadar purata pada bulan tersebut.
  5. Walaupun bulan Disember adalah bulan yang sibuk, lebih-lebih lagi dengan musim perayaan, tetapi ia juga adalah masa yang terbaik untuk melawat Stockholm.

AGODA 02Kota Barcelona

Pasti anda bertanya, memang confirm murah dan jimat ke?

YA. Jika anda menikmati diskaun sebanyak 23% daripada harga purata bilik hotel apabila anda melawat Istanbul, Turki di antara bulan November hingga Februari.

YA. Jika anda rasa menikmati diskaun sehingga 49% daripada harga purata bilik hotel apabila anda melawat Barcelona pada bulan Januari.

TETAPI, jika anda punya perancangan untuk melancong di sekitar Asia sahaja, tidak banyak tawaran diskaun yang dapat ditawarkan kerana benua Asia adalah destinasi paling popular menerima kunjungan pelancong sepanjang tahun.

Walaupun adanya diskaun untuk hotel di sekitar Asia, namun tawaran yang diberikan tidaklah sehebat benua-benua lain. Anda masih boleh menikmati diskaun sehingga 11% di Negara-negara Asia iaitu pada bulan Mei atau Jun.

Semoga data-data yang telah dikongsikan oleh Agoda.com ini dapat membantu anda merancang tarikh dan jadual pelancongan pada masa akan datang dengan penjimatan yang tinggi!

Sumber: Vocket


Kadar Tol Di Lebuhraya Karak Meningkat, Efektif Pada 15 Oktober Ini

Bermulanya 15 Oktober ini, pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Karak (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak) perlu membayar lebih apabila berita mengenai kadar kenaikan tol diumumkan.

Menurut laporan The Star, bermula pada tarikh yang dinyatakan, pengguna jalan raya Kelas Pertama perlu membayar sebanyak RM6 di Plaza Tol Gombak, dan RM3.50 di Plaza Tol Bentong – melihatkan kenaikan harga sebanyak RM1 dan juga RM0.50.

Manakala, bagi pengguna jalan raya Kelas Kedua pula, mereka perlu membayar kadar tol sebanyak RM12 di Plaza Tol Gombak, dan RM7 di Plaza Tol Bentong. Sementara itu, pengguna jalan raya Kelas Ketiga perlu mengeluarkan kadar tol lebih tinggi iaitu sebanyak RM18 dan juga RM10.50 di kedua-dua tol terlibat.

Namun begitu, teksi hanya dikenakan caj tol sebanyak RM3 (Plaza Tol Gombak) dan RM1.80 (Plaza Tol Bentong), dan bas pula masing-masing dengan kadar RM5 dan RM3.

Selain daripada Lebuhraya Karak, terdapat beberapa lagi lebuhraya yang mengalami kadar kenaikan tol bermulanya 15 Oktober ini. Lebuhraya yang terlibat adalah Terowong Smart, Lebuhraya DUKE dan akhir sekali lebuhraya MEX.

Sumber: Paul Tan


BMW Umum Tiada Perancangan Kenaikan Harga Bagi Model Kenderaan Mereka

Pengumuman berkenaan tiada kenaikan harga bagi kenderaan BMW ini telah dibuat di majlis pelancaran model SUV X1 terbaru.

Menurut Allan Harris, pengarah urusan dan juga CEO bagi Kumpulan BMW Malaysia, pada masa ini syarikat mereka sedang menyerap segala kos tambahan di dalam setiap operasi mereka. Kenyataan ini dibuat merujuk kepada persoalan sama ada kejatuhan matawang Ringgit Malaysia akan mengganggu harga kereta keluaran BMW.

“Nilai pertukaran matawang kini iaitu pada kadar RM4 berbanding dollar Amerika masih boleh ditangani oleh pihak syarikat. Namun, jika kadar pertukaran matawang semakin meningkat sehingga ke paras RM5 atau RM6, mungkin kami perlu mempertimbangkan semula kedudukan kami,” tambah beliau lagi.

BMW02

Selain itu, pada masa yang sama BMW Malaysia turut mengesahkan bahawa mereka kini sedang memohon kepada pihak kerajaan bagi insentif khusus yang diperkenalkan bagi Energy Efficient Vehicles – insentif yang sama di mana ia melihatkan pengurangan harga bagi Mercedes-Benz Malaysia kelas C. Kini, mereka sedang menanti jawapan kepada permohonan tersebut.

Harris telah menjelaskan bahawa setiap pengeluar kenderaan di dalam industri sedang berbincang bersama pihak kerajaan serta memohon intensif EEV tersebut. Tetapi, memandangkan ia merupakan intensif yang khusus, maka setiap pengeluar mungkin akan dapat insentif berbeza.

“Kami sememangnya sedang berbincang bersama pihak kerajaan, dan sejurus menerima keputusannya, kami akan umumkan perkara baru,” Ujar Harris.

Di majlis yang sama, BMW Malaysia telah mengumumkan kadar jualan tahun 2015 mereka, di mana menyaksikan sebanyak 5,222 model kenderaan BMW, 555 model kenderaan MINI serta 745 motorsikal di bawah BMW Motorrad telah terjual. Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,522 unit telah terjual setakat ini.

Sumber: Paul Tan


Harga Baru Bagi Perodua Axia G Mulai 1 Oktober 2015

Pengeluar kenderaan tanahair, Perodua telah meningkatkan harga jualan bagi model Axia 1.0 dalam kategori varian Standard G. Peningkatan harga ini adalah bagi kedua-dua versi manual dan automatik. Harga tersebut bermula efektif sejak 1 Oktober lalu.

Untuk makluman anda, harga Axia G manual sebelum cukai GST adalah berharga RM29,637.16 (solid), sementara Axia G automatik pula bermula pada harga RM32,637.15 (solid).

Ekoran kenaikan harga terbaru ini, Axia G manual kini dijual pada harga RM30,627.16 (solid), dan Axia G automatik pula pada harga RM32,637.15 (solid). Kedua-dua jenis kenderaan ini menyaksikan peningkatan harga sebanyak RM990.

Sementara itu, Axia G manual (metalik) dan auto (metalik) pula masing-masing dijual pada harga bermula RM31,027.15 dan RM34,027.15.

Pada masa ini, peningkatan harga yang telah diumumkan hanya melibatkan model kenderaan Axia 1.0 Standard G.

Axia GModel Axia G yang mengalami kenaikan harga.

Sumber: Info Kereta