Bagi anda yang bekerja 9-5pm setiap hari, perasan tak sebenarnya dlm setahun anda habiskan kira-kira 65% masa anda dgn bekerja. Lebih separuh dari usia anda setahun! Dan perasan tak, bila hujung tahun je ‘Energy’ kerja tu dah macam perlahan sikit. Tambah lagi bila tengok kawan-kawan lain semua seronok pergi bercuti.

Tu pasal la kalau nak dekat hujung tahun je, banyak syarikat mula atur ‘Away Day’ atau ‘Team Building’ utk pastikan bila masuk tahun baru nanti, semua staff dah segar dan ‘refresh’ balik tenaga utk kerja keras menjelang tahun baru.

Bila tenaga dan minda dah refresh, agak-agak pekerja lagi semangat nk bekerja tak?

Di sini kami kongsikan 4 sebab kami rasakan kenapa syarikat patut belanja staff pergi melancong paling kurang sekali setahun untuk naikkan prestasi syarikat;

1.SEBAGAI REWARD SEBAB DAH HEMPAS PULAS KERJA SETAHUN

Siapa tak suka dapat reward kan kalau dah penat-penat kerja? Dengan bagi reward, pekerja akan rasa lebih dihargai oleh bos. Barulah pekerja akan lebih bersemangat untuk buat kerja kalau selalu dapat reward yang best mcm pergi bercuti!

2. TEAMBUILDING

Dalam setahun, macam2 benda berlaku di tempat kerja. Tambah lagi kalau di office. Bertikam lidah tu dah biasa sangat. Dengan bawa staff pegi melancong, ‘informal interaction’ macam pergi snorkeling, pergi roadtrip, pergi makan malam sama-sama tu yang akan pulihkan dan rapatkan ‘chemistry’ antara pekerja. Bos dan pekerja pula, waktu nil ah masing-masing boleh kenal peribadi satu sama lain. Watak waktu kerja lain tau dgn watak waktu sebenar.

3. RECHARGE POSITIVITY

Dalam bekerja tipulah kalau tak pernah rasa stress kan? Stress nak nak kejar dateline, stress nak capai target sale, stress nak layan customer yang banyak kerenah, dan macam-macam lagilah. Bila bos belanja pekerja pergi bercuti, jauh dari kerja, pekerja akan rehat sekejap dari berfikir pasal kerja. Dengan ini, boleh recharge energy positif dan pekerja akan lebih semngat untuk bekerja lepas balik bercuti nanti.

4. FUN

Menurut buku daripada Christopher Noxon yang berjudul “Rejuvenile: Kickball, Cartoons, Cupcakes and the Reinvention of the American Grown-up,” company retreat boleh menjamin pekerja utk kekal di sesebuah company, sebab pabila pekerja sudah hilang rasa seronok dan minat di tempat kerja, mereka lebih cenderung untuk resign. Tak syokla kan.

Lagi satu, apabila staff rasa seronok, akan lebih tingkatkan daya kreativiti fikiran. So, mesti diorang akan lebih produktif dalam bekerja. Haa bos pun senyumm je kalau tgk kerja-kerja staff perform kan?

Tapi, ramai business owner anggap company retreat ni habiskan duit syarikat. Tapi, bagi kebanyakan syarikat yg berjaya, ini ialah ‘pelaburan’ yang sangat berharga. Sebagai contoh, baru-baru ni, syarikat TNB telah menggunakan servis dari Carpedia utk bercuti satu department ke Ipoh. Seronok betul dapat bercuti kat tempat cantik, dan rehatkan fikiran dari fikir pasal kerja. Tak semestinya kena mahal, asalkan 4 objektif  kami sebutkan kat atas ni tercapai, dan bawa produktiviti kepada syarikat.

Syarikat anda pula bagaimana? Dah bawa pekerja belum pergi bercuti ke belum tahun ni? Kalau belum tu, boleh lah fikir-fikirkan pasal ‘pelaburan’ kecil ni. Untuk mudahkan urusan pelancongan berkumpulan, anda boleh hubungi kami di The Carpedia 019-5778108.