Tahun Baru Cina dah nak dekat, mesti ramai dah tak sabar. Yelah, tahun ni, ramai yang ambik cuti panjang sempena Raya Cina. Ada plan nak balik kampung, ada juga yang plan nak berjalan-jalan bersama keluarga tersayang. Tapi, bersediakan anda untuk tempuh jalan yang sesak pada musim perayaan ini?

 

 

Alyssa J. Oon dari laman web Says.my share info daripada Waze waktu-waktu yang ideal untuk anda rancang perjalanan anda.

Kredit: Says.my dan Waze

  1. KUALA LUMPUR

Boleh dikatakan sehari sebelum Tahun Baru Cina sehingga sehari selepas Tahun Baru Cina, jalan pasti sibuk di Kuala Lumpur. Jika anda perlu lalui jalan di Kuala Lumpur, antara waktu 7 malam dan 11 malam adalah waktu yang terbaik.

MELAKA

Pagi bukan waktu ideal untuk merantau di Melaka. Memandu di Melaka selepas 8 malam kelihatan lebih lancar.

JOHOR BAHRU

Jika anda ingin ke Johor Bahru, rancang perjalanan anda untuk bergerak pada waktu petang selepas pukul 6. Jalan dijangkakan sesak dari pagi sampai ke petang.

BATU PAHAT

Elakkan untuk memandu di antara 3 pagi hingga 5 pagi dan 6 pagi dan 8 pagi. Untk pemanduan yang lancar, memandulah selepas pukul 6 petang.

KINTA, PERAK

Di Kinta, pilih untuk travel pada waktu malam, jalan lebih sesak pada waktu pagi.

LARUT MATANG

Untuk orang Perak, elakkan merantau pada 2 Februari. Pilih sehari sebelum pada waktu malam lebih ideal untuk merantau.

KUALA MUDA, KEDAH

Jika anda ingin melalui Kuala Muda, elakkan berada di jalan raya di waktu pagi pada 8 pagi sehingga 11 pagi. Jalan kelihatan lebih lancar selepas pukul 6 petang. Ambil perhatian jika anda ingin merantau pada 6 Feb atau 7 Feb, anda perlu elak merantau pada 4 pagi hingga 7 pagi,

KUANTAN

Untuk warga Kuantan, pilih untuk merantau pada 1 Feb, selepas pukul 7 malam. Kuantan akan lebih sibuk pada 3 Feb dari 8 pagi hingga 9 pagi dan juga tengahari dari pukul 2 hingga 3 petang.

KOTA BHARU

Pasti ramai orang Pantai Timur nak balik kampung bukan? Jika anda salah seorang anak Pantai Timur, pilih untuk merantau pada waktu malam, kerana traffic akan lebih sibuk pada waktu pagi, terutamanya pada 3 Feb.

KUALA TERENGGANU

Ingin memburu keropok lekor legend Terengganu? Pilih untuk merantau di Kuala Terengganu pada waktu malam.

KUCHING, SARAWAK

8 Feb adalah hari yang sibuk di Kuching Sarawak. Kalau ingin perjalanan yang lancar, pilih untuk merantau sehari selepas atau sebelum 8 Feb pada waktu malam selepas pukul 9.

Harap sharing ini membantu merancang perjalanan anda. Jika anda terperangkap pada waktu yang sesak, jangan risau, kekal bertenang. Yang penting, jaga keselamatan diri dan keluarga ya. Berhati-hati di jalan raya!